Cara Mengguna Pakai Teknik Jahitan Manik Crumble Untuk Busana

Teknik jahitan manik crumble amat mudah dihasilkan jika anda diajar untuk mengenal tips-tips bagi setiap teknik jahitan tersebut. Ini kerana setiap teknik jahitan manik crumble bukan sahaja mempunyai tips-tips yang berbeza malah jika tidak menggunakan teknik yang betul pastinya anda akan melakukan satu pembaziran masa untuk menghasilkan sulaman manik crumble anda.

Ketebalan dan Saiz Amat Dititik Beratkan Dalam Setiap Teknik Jahitan Manik Crumble Yang Dilakukan

cherry blossom 300x240 Cara Mengguna Pakai Teknik Jahitan Manik Crumble Untuk BusanaUntuk menghasilkan corak crumble yang padat, ia memakan masa yang agak lama dan panjang. Tanpa mengguna pakai teknik jahitan manik crumble yang betul, pastinya sukar untuk anda menghasilkannya dan yang pastinya anda mungkin akan berasa bosan dan muak kerana untuk menghasilkan sulaman manik crumble ini syaratnya ialah ia perlu dihasilkan secara padat. Malah, jika anda perhatikan sesetengah guru yang mengajar juga pastinya menekankan saiz crumble itu sendiri yang perlu dihasilkan secara tebal.

Mengguna Pakai Teknik Jahitan Manik Crumble Yang Sesuai Untuk Setiap Sudut Bahagian Baju

Sebagai contohnya di leher baju, biasanya ia akan dihasilkan pada bahagian depan leher sahaja dan bukannya di bahagian keliling leher. Malahan tebal jahitan manik crumble itu di keliling leher biasanya dengan jarak 1 inci, I.5 inci hingga ke 2 inci jarak dari bukaan leher baju. Malahan labuh daripada bukaan lehernya pula ada yang dihasilkan sepanjang 6 hingga 8 inci. Barulah teknik jahitan manik crumble anda akan Nampak gah berbanding dengan jahitan manik biasa.

Pelajari Teknik Jahitan Manik Crumble Bersama Guru Yang Mengajar Mengikut Kemahuan Anda

Itu jika anda menghasilkannya secara selari sahaja dengan kaedah ataupun teknik crumble yang mudah. Malah, ia menjadi trademark bagi seseorang pengajar sama ada ia mengongkong pelajarnya ataupun betul-betul mengajar pesertanya untuk berkarya. Jika mereka yang hanya mengongkong pastinya anda akan diajar dengan teknik jahitan manik crumble yang statik sahaja dan bukannya ‘hidup’ dan boleh diadaptasikan dengan teknik-teknik yang lain.

Jadi, tepuk dada dan tanyalah selera anda dalam mempelajari ataupun mencari guru-guru yang betul-betul ingin mengajar dan berkongsi ilmu dengan apa yang anda ingin pelajari.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Manik Crumble Cara Mengguna Pakai Teknik Jahitan Manik Crumble Untuk Busana

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam Menjahit teknik manik crumble mumble Bersama Kami!


Leave a reply: